Hubungan erat Malaysia, Thailand sumbang kestabilan kepada bekalan makanan – Mohamad Sabu

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yakin bekalan makanan negara mampu stabil serta diperkukuhkan melalui jalinan kerjasama dengan negara Thailand.

Malah, katanya, negara jiran itu juga menyatakan komitmen sama dalam usaha memperluaskan akses pasaran produk pertanian di antara Malaysia dan Thailand.

Perkara itu dibincangkan oleh Mohamad ketika mengadakan pertemuan dengan wakil Perdagangan Thailand, Chai Wacharonke serta delegasinya di Wisma Tani, Putrajaya.

“Pertemuan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala dalam sektor pertanian antara Malaysia dan Thailand.

“Perbincangan menyentuh berkaitan peluang kerjasama strategik dalam mempromosikan produk berasaskan tumbuhan dan ternakan, sejajar dengan usaha memperluas pasaran dan meningkatkan daya saing produk pertanian kedua-dua negara.

Baca artikel lain: Komitmen APM dan sukarelawan pastikan kesejahteraan masyarakat amat dihargai – Zahid

“Hubungan erat antara Malaysia dan Thailand dalam sektor pertanian dapat menyumbang kepada kestabilan bekalan makanan dan memperkukuh keterjaminan makanan serantau,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, tambah Mohamad, perbincangan juga menyentuh mengenai pertukaran teknologi dan pengetahuan dalam bidang pertanian moden.

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan komited untuk terus menjalinkan kerjasama yang kukuh dengan Thailand dalam usaha mencapai kemajuan sektor pertanian yang mampan dan berdaya saing,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan Perpaduan tak bincang untuk adakan PRU lebih awal – Fahmi

KERAJAAN Perpaduan tidak pernah mengadakan sebarang bentuk perbincangan untuk mengadakan pilihan raya umum awal iaitu sebelum berakhirnya penggal Parlimen...

More Articles Like This