YAYASAN Karyawan diharapkan dapat menetapkan serta melipatgandakan halatuju perancangan dan strategi baharu dalam mempromosi karya agung sempena sambutan ke-30 yayasan tersebut.
Harapan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan hormat Ahli Lembaga Amanah Yayasan Karyawan diketuai Pengerusinya, Datuk A Aziz Deraman.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, perancangan dan strategi baharu itu penting supaya dapat dibekalkan di semua jenis sekolah dan fakulti atau entiti universiti awam yang berkaitan.
“Usaha ini boleh diadaptasi dan disegarkan menerusi teknologi kecerdasan buatan dengan semua pihak berkepentingan serta memperkenalkan semula program Hadiah Bahasa di semua peringkat sekolah dengan kerjasama syarikat-syarikat korporat,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel lain: Hassan Karim minta PM selesaikan secara adil, jangan robohkan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman
Dalam hantaran yang sama, Perdana Menteri berkata, pertemuan tersebut telah mengimbau usaha yang dilakukannya bersama rakan-rakan seperjuangan yang cintakan pelbagai variasi karya agung dengan mengasaskan Yayasan Karyawan pada tahun 1996.
Beliau berkata, antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berhubung hala tuju Yayasan Karyawan dalam aspek memelihara sumber rujukan, peneraju promosi dan peringkat pemilikan kepada karya-karya agung.
“Penubuhan Yayasan Karyawan bertujuan mengkaji dan menerbitkan Karya Agung Melayu, Karya Agung Dunia Melayu dan Karya Agung Dunia di dalam bahasa Melayu.
“Karya Agung Melayu yang dipilih untuk diterbitkan merupakan karya agung kesusasteraan tradisional Melayu dan juga “Dunia Melayu” yang tertulis dalam bahasa-bahasa serumpun.
“Usaha menerbitkan Karya Agung Dunia juga diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, malah badan ini juga menjalankan kajian dan penterjemahan ke dalam bahasa Melayu karya-karya agung pilihan daripada tamadun bangsa-bangsa di luar dunia Melayu,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

