KERAJAAN negeri Kelantan mengumumkan Ahad ini sebagai hari kelepasan am sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud selepas mesyuarat EXCO di Kota Darulnaim hari ini.
“Kerajaan negeri bersetuju untuk menjadikan Ahad, 30 Mac 2025 sebagai Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa) sempena Aidilfitri.
“Ia bertujuan bagi memberi peluang kepada rakyat Kelantan membuat persiapan Aidilfitri dan mengeratkan hubungan bersama keluarga.
“Pada masa sama kita mahu kurangkan kesesakan lalu lintas memandangkan perantau sudah pulang,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

