Pemilik bengkel mengaku tak bersalah bersetubuh dengan anak tiri dua kali

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG pemilik bengkel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan dengan anak tiri perempuannya yang merupakan individu bawah umur, pada April 2020 dan Februari 2025.

Bagaimanapun tertuduh yang berusia berusia 31 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurulizwan Ahmad Zubir.

Mengikut dua pertuduhan itu, lelaki terbabit didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah sebagai bapa tiri, telah melakukan persetubuhan dengan mangsa ketika dia berusia sembilan tahun tujuh bulan, dan ketika berusia 14 tahun lima bulan, yang mana oleh kerana perhubungan mereka adalah tidak dibenarkan mengikut undang-undang dan hukum agama, untuk berkahwin dengan mangsa.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di dua unit kediaman berlainan di Bandar Country Homes, dekat Jalan Desa, Rawang di Gombak masing-masing sekitar jam 2 petang pada akhir bulan April 2020 dan sekitar jam 2 pagi pada pertengahan bulan Februari 2025.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara antara 10 tahun sehingga 30 tahun dan sebatan manakala Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sekurang-kurangnya dua tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh memandangkan dia merupakan bapa tiri kepada mangsa dan difahamkan tinggal serumah selain bagi mengelakkan tertuduh daripada mengganggu mangsa.

Manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan jaminan ke atasnya atas alasan perlu menjaga ibu yang tidak sihat serta kakaknya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) selain menanggung anak yang masih kecil.

Mendengar permohonan kedua-dua pihak, Hakim Nurulizwan kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh selain menetapkan 21 April bagi tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikkan peguam tertuduh.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This