Video ‘Abang belon’ ‘ditumbangkan’ penguatkuasa DBKL di Jalan TAR tular

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SATU video memaparkan seorang penjual belon didakwa dikasari penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) tular di media sosial.

Dalam video berdurasi 1 minit 43 saat itu, beberapa orang penguatkuasa DBKL dilihat bergelut dengan seorang lelaki yang membawa belon.

Penjual belon tersebut dipercayai menjalankan aktiviti tanpa lesen di kawasan tersebut.

Berdasarkan rakaman tersebut, kekecohan berlaku apabila penguatkuasa mahu merampas belon yang dibawa lelaki berkenaan.

Baca artikel lain: DBKL sita barang penjaja air balang ‘Rambo’ sekitar Jalan Raja

Berlaku pergelutan antara lelaki itu dengan penguatkuasa terbabit sehingga dilihat dia dikasari.

Individu yang merakam video tersebut turut meminta supaya pihak penguatkuasa tidak mengasari penjual belon itu.

“Bang, jangan sampai macam ni bang, rilkeslah bang, jangan sampai macam ni,” kedengaran suara seorang lelaki yang merayu secara berulang-ulang agar penjual belon itu dilepaskan.

Video yang dimuatnaik pengguna Facebook Ratu Naga itu telah ditonton lebih 2.6 juta kali dan menerima lebih 18,000 komen.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This