DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja air balang tanpa lesen atau ‘Rambo’ di sekitar Jalan Raja, Kuala Lumpur.
Bukan sekadar tidak mempunyai lesen, tahap kebersihan air yang dijual penjaja air balang itu juga diragui.
Dalam hantaran di Facebook, DBKL memaklumkan, hasil risikan dan siasatan mendapati penjaja berkenaan sering bertukar lokasi perniagaan.
Menurut DBKL, ia bagi mengelak daripada dikesan anggota penguatkuasa.
“Mereka didapati menyembunyikan barang perniagaan di bangunan sekitar Dataran Merdeka.
Baca artikel lain: DBKL kompaun, sita penjaja tanpa lesen, warga asing di Segambut
“Operasi dijalankan susulan aduan orang awam yang tidak selesa serta meragui tahap kebersihan air yang dijual kerana peralatan perniagaan dibiarkan terdedah dan dikhuatiri tidak dibersihkan dengan sempurna,” katanya dalam hantaran tersebut.
Kesemua barangan yang dikenakan tindakan sita dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan di lokasi tumpuan yang dikenal pasti.
Sebarang aduan, orang ramai boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di https://adukl.dbkl.gov.my/
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

