DALAM usaha memupuk semangat ukhwah dan prihatin dalam kalangan warganya, Commercedotcom (CDC) telah menyantuni sekitar 300 orang penduduk Orang Asli daripada suku kaum Lanoh di Kampung Air Bah, Lenggong, Perak.
Program membawa tema ‘Ukhwah Ramadan: Santuni Masyarakat Orang Asli’ yang dianjurkan pada 20 dan 21 Mac itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) CDC.
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program berlangsung termasuk majlis berbuka puasa, pemeriksaan kesihatan serta sesi penjagaan gigi daripada pihak Universiti Kolej Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Pemasaran CDC, Djuan Onn Abdul Rahman berkata, program kali ini berbeza dengan yang pernah dianjurkan sebelum ini, di mana pihaknya mendapat kerjasama daripada Bambusa Foundation.

Jelasnya, kehadiran CDC membawa mesej mudah iaitu mahu berkongsi rutin harian sebagai seorang muslim dalam menjalani ibadah puasa bersama masyarakat Orang Asli.
Baca artikel lain: Bayi maut dilanggar ketika bapa alih kereta dari garaj
“Pada hemat saya, kehadiran kami dengan hanya satu malam sahaja telah berjaya menghidupkan suasana penghujung Ramadan.
“Tumpuan kami adalah untuk menghidupkan suasana di surau dan ini secara tidak langsung telah menjentik hati penduduk untuk hadir dan mengimarahkan aktiviti yang diadakan.
“Alhamdulillah, penduduk bersama-sama hadir bersolat tarawih dan ada sebilangan daripada mereka juga turut serta bersama kami berqiamullail dan bersahur,” katanya dalam kenyataan.
Secara keseluruhannya, inisiatif ini mencerminkan komitmen CDC dalam menyokong agenda pembangunan sosial berterusan dan memperkasa masyarakat setempat, seiring matlamat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti melalui aktiviti CSR.
CDC berharap agar hubungan yang terjalin ini akan terus berkembang dan memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti suku kaum Lanoh serta warga CDC.
Sementara itu, Ketua Masyarakat Komuniti Lanoh, Tok Batin Mohd Rizal Alias menyatakan penghargaan kepada CDC kerana menganjurkan program seperti pada bulan Ramadan di tempat beliau.
Ianya jelas beliau bukan sahaja sebagai satu peluang baik malah pendedahan baharu kepada penduduk Orang Asli yang boleh dijadikan sebagai contoh dalam menempuhi kehidupan pada masa akan datang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

