KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menzahirkan penghargaan kepada anggota yang bertugas semasa perayaan Aidilfitri bagi memastikan rakyat dapat menyambutnya dalam suasana aman dan harmoni.
Beliau berkata komitmen dan dedikasi pegawai serta anggota polis terutamanya yang menjaga sempadan dan kawalan trafik dalam memastikan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat tetap terpelihara amatlah dihargai dan dikagumi.
“Saya amat memahami bahawa tugas ini bukanlah mudah. Ketika rakyat bergembira menyambut lebaran bersama keluarga, anda tetap menjalankan amanah memastikan keselamatan negara terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Agong, Sultan sertai umat Islam solat sunat Aidilfitri
Razarudin turut merakamkan penghargaan kepada keluarga anggota yang terpaksa berjauhan pada musim perayaan, sambil menegaskan bahawa sumbangan mereka tidak akan dilupakan.
“Anda adalah barisan hadapan yang menjadi benteng kepada keselamatan dan keamanan tanah air. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi anda dalam menjalankan tugas dan memberikan kekuatan serta ketabahan. Kepada keluarga anggota yang berjauhan, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan pengorbanan mereka,” katanya.
Beliau turut mendoakan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikurniakan kesihatan dan keselamatan dalam menjalankan amanah serta berharap Syawal ini membawa keberkatan dan kegembiraan walaupun dalam keterbatasan tugas.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

