Tiga maut di Lebuhraya Karak: Pemandu lori ada empat rekod saman lampau

Dari Penulis

PEMANDU lori yang dipercayai menjadi punca kemalangan sehingga membawa kepada tiga individu meninggal dunia di Kilometer (KM) 50.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam dikesan mempunyai empat rekod saman lampau.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memaklumkan, pemandu lori itu telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, lelaki berusia 51 tahun itu direman sehingga Khamis ini.

Zaiham memberitahu, bedah siasat tiga mayat mangsa di Hospital Bentong mendapati punca kematian kesemua mangsa akibat kecederaan parah di kepala.

“Semakan polis mendapati suspek mempunyai empat rekod saman lampau.

“Namun, ujian saringan urin yang dilakukan didapati negatif dadah,” katanya.

Baca artikel lain: Polis kenal pasti tiga mangsa maut di Lebuhraya Karak

Dalam kejadian 4.55 petang semalam, bomba menerima panggilan kemalangan membabitkan lima kenderaan iaitu sebuah lori lima tan, kereta jenis Honda Accord, Proton Waja dan Proton Saga serta sebuah kenderaan jenis Subaru.

Tiga mangsa yang maut merangkumi seorang lelaki dan dua wanita warga tempatan.

Kesemua yang meninggal dunia di tempat kejadian itu menaiki kereta Honda Accord iaitu pemandu seorang lelaki Wong Kean Yeap, 29, dan dua penumpang yang juga kakaknya Wong Hwee Moon, 34, serta ibu mereka Lee Lai Cheng, 61.

Tiga lagi penumpang kereta Honda Accord itu iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun serta dua kanak-kanak masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia lima serta tiga tahun cedera dalam kejadian itu dan dibawa ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan.

Turut tercedera ialah kelindan lori berusia 29 tahun manakala pemandu serta penumpang kenderaan lain terselamat.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This