Salam perkenalan Ryzall Noh kepada peminat Malaysia menerusi Darwish

Dari Penulis

NAMANYA barangkali belum menonjol dan dikenali sepenuhnya oleh peminat muzik Malaysia berbanding penyanyi kelahiran Kota Singa yang lain. 

Bagaimanapun percayalah mereka pasti akan terpikat dan jatuh cinta apabila menikmati lagu-lagu penyanyi bernama Ryzall Noh ini. 

Meneliti profilnya, Ryzall bukanlah calang-calang kerana bakat versatilnya yang boleh menyanyi, mencipta lagu  dan menerbitkan muzik. 

Ryzall pernah menjadi vokalis kumpulan Audionauts yang memenangi anugerah, dan dia kini mengorak langkah meneruskan kerjaya secara solo. 

Perjalanan seninya bersama Audionauts pada sekitar 2010 hingga 2017 dikira amat cemerlang. Mereka telah memenangi pelbagai anugerah seperti Kumpulan /Duo terbaik di Anugerah Planet Musik 2013, Lagu Tertinggi Royali di Anugerah Compass Singapura, Artis Popular Singapura di Anugerah Planet Musik 2015, dan sekali lagi mengungguli kategori  Lagu tertinggi Royalti di Anugerah Compass 2015.

Bukan sekadar itu karya-karya Ryzall turut berkembang menerusi kolaborasi dengan artis lain seperti Ronnie Hussin, Almarhum Tony Spider, Rahila Rashun Af Altimet, Moliano Lovehunters, Maman Teacher Pet, Addy Cradle, dan Dato Ramli Sarip.

Beliau juga merupakan seorang pelakon, komposer, dan penulis lirik yang sangat dicari di rantau ini. Ryzall merupakan seorang penerbit yang sedang meningkat naik dengan pelbagai pencapaian antaranya menerusi kerjasama dengan pelbagai artis serta badan kerajaan.

Jadi, dengan bakat semulajadi yang dimilikinya, maka wajarlah Ryzall  mengecapi apa yang diperolehinya selama ini. Anak muda serba boleh ini aktif berkongsi perkembangan terkininya di platform media sosial seperti Instagram, TikTok, dan YouTube. 

Antara yang dikongsinya ialah perkembangan terkini mengenai muzik dan beberapa projek lagu antaranya ialah “Darwish”, “Tak Seindah Kata”, dan “Sebuah Cinta. 

Single “Darwish” ternyata mendapat perhatian di stesen radio Singapura dan Malaysia, serta di stesen radio di Amerika Latin dan Sepanyol. 

Ryzall juga telah membuat persembahan di acara seperti Popaholic di Esplanade, Singapura. Populariti lagu Darwish yang diterima baik di Malaysia ternyata menggembirakan Ryzall. 

Ryzall berkata, Darwish adalah kisah seorang manusia biasa yang sedia berkorban apa sahaja demi mendapatkan cinta ‘kekasihnya’ dan melunaskan rindu yang lama terpendam.

“Darwish ini sememangnya terkenal dalam cerita-cerita sufisme. Kesimpulannya ia cerita tentang sufi iaitu perjalanan mencari Tuhan.

“Saya beruntung dan bersyukur bekerja dengan orang-orang hebat dalam penghasilan lagu ini dimana liriknya tulisan Hairul Anuar Harun yang sudah menempa populariti dengan lirik lagu Cindai, Hati Kama, Yayadan, Samrah Mentari, Tinting, Sesuci Lebaran dan Nirmala. 

Manakala Darwish dari pengamatan saya sebagai komposer adalah tentang harapan dan juga pujian yang mekar  kembang serta membangkitkan semangat tentang cinta yang tidak terbalas,” katanya. 

Barisan tenaga kerja lagu ini ialah:-

Penyanyi: Ryzall Noh

Komposer: Ryzall Noh/Yazri Malik

Penulis lirik: Hairul Anuar Harun (HAH) 

Gitar Akustik: Addy Cradle

Gitar Elektrik: Addy Cradle

Bass: Wendy D’bagindas

Keys: Bajai

Drum: Fairuz Samil

Perkusi: Didi Muliadi

Suara Latar: Amelia Azizan/Addy Cradle

Arranger:Felipe Milk, Addy Cradle/Amelia Azizan

Studio: Studio 47 (Sg), Studio Starlight (Indonesia), Studio Sci-fi (Malaysia)

Untuk mendengar muzik Ryzall, peminat boleh mengunjungi platform penstriman seperti Spotify  dan Apple Music. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This