1MALAYSIA Development Berhad (1MDB) dan 10 anak syarikatnya pada Rabu menarik balik saman terhadap seorang wanita warga Singapura, Shabnam Naraindas Daswani, berhubung pembelian barangan mewah bernilai lebih AS$346 juta, yang didakwa diperoleh daripada dana 1MDB yang diseleweng.
Wanita itu disaman bersama Datin Seri Rosmah Mansor, namun isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu masih kekal sebagai defendan pertama dalam saman tersebut.
Peguam Nathalie Ker Si Min yang mewakili 1MDB berkata, penghakiman persetujuan telah direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Wan Muhammad Amin Wan Yahya pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian pada Rabu.
“Penghakiman persetujuan tersebut merekodkan bahawa plaintif (1MDB) menghentikan saman terhadap Shabnam dengan kebebasan untuk memfailkan semula,” katanya ketika dihubungi pemberita.
Baca artikel lain: KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam di Putra Heights
Sementara itu, peguam Datuk N Sivananthan yang mewakili Shabnam ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Pada 9 Mei 2024, 1MDB dan 10 syarikat memfailkan saman itu dengan menamakan Rosmah dan Shabnam (juga dikenali sebagai Natasha Mirpuri) sebagai defendan pertama dan kedua.
Sepuluh anak syarikat 1MDB iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited, Global Diversified Investment Company Limited dan SRC International Sdn Bhd, Affinity Equity International Partners Limited, Alsen Chance Holdings Limited, Blackrock Commodities (Global) Limited, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dan Brightstone Jewellery Limited selaku plaintif kedua hingga ke-11.
Semua plaintif,antara lain, menuntut agar Rosmah membayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang akan ditaksir oleh mahkamah, selain memohon deklarasi bahawa plaintif pertama hingga keenam mempunyai hak terhadap barangan mewah yang kini didakwa berada dalam simpanan defendan pertama.
— Bernama
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

