Isu Jalur Gemilang bukan perkara ‘main-main’, KDN perlu bertindak tegas – Pakar

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) diminta untuk menyiasat secara terperinci kes akhbar Sin Chew Daily yang menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang dalam bentuk tidak lengkap pada muka hadapan mereka.

Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff menegaskan, isu melibatkan kesalahan lambang bendera Malaysia bukan suatu perkara ‘main-main’ dan perbuatan berkenaan tidak boleh dimaafkan.

Jelasnya, pihak terbabit perlu dikenakan hukuman malah penalti yang lebih keras daripada kerajaan kerana perbuatan menyebabkan maruah negara dipermainkan, selain mengganggu kewibawaan media sebagai agen penyampai berita.

Katanya lagi, kes tersebut juga perlu disiasat di bawah akta hasutan selain Seksyen 3(1)(c) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“(KDN) kena siasat betul-betul, ini bukan main-main, ini bukan suatu perkara yang boleh dimaafkan begitu sahaja. Ia sepatutnya didatangkan dengan denda dan penalti yang tegas.

“Ini bukan seperti kes-kes yang lain, ini melibatkan maruah negara, Jalur Gemilang itu adalah maruah negara,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Baca artikel lain: Sultan Pahang tiada akaun media sosial, Istana Pahang kesan akaun Facebook palsu guna nama Al-Sultan Abdullah

Terdahulu tular di media sosial mengenai ilustrasi Jalur Gemilang yang diletakkan bersebelahan bendera China tidak lengkap apabila tidak diletakkan bulan sabit.

Kesilapan itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia dan menyifatkan akhbar tersebut sebagai tidak peka.

Dalam pada itu, akhbar berbahasa Cina itu tampil memohon maaf atas kesalahan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap tanpa bulan sabit pada muka hadapan akhbar itu.

Dalam satu kenyataan, agensi media berkenaan menjelaskan bulan sabit tidak kelihatan dalam ilustrasi berkenaan disebabkan kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

Syed Agil pada masa sama berharap Kementerian Komunikasi memainkan peranan mereka menerusi Majlis Media dengan menyediakan satu garis panduan bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali.

“Majlis Media ini adalah satu platform yang akan menjadi satu penentu kepada garis panduan kandungan untuk media di negara kita.

“Jadi saya percaya Majlis Media harus memperuntukkan satu garis panduan khusus untuk hal-hal sedemikian supaya anarki-anarki yang boleh mencetuskan perbalasan, ganggu keselamatan negara sendiri (dihindari),” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This