Jumlah mangsa banjir di Johor menurun, Sabah kekal

Dari Penulis

SITUASI banjir di Johor semakin pulih dengan jumlah mangsa menurun kepada 37 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 41 orang direkodkan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata kesemua mangsa daripada 11 keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.

“Kawasan yang masih terjejas adalah Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 Jalan Muar. Selain itu, cuaca di semua 10 daerah pada pagi ini diramalkan cerah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Banjir: 127 penduduk Kinabatangan berlindung di PPS pagi ini

Di SABAH, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu kekal 155 orang daripada 54 keluarga di pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon, Beaufort pada pagi ini.

“Enam kampung masih terjejas banjir di Beaufort dan trend pemindahan kekal,” menurut sekretariat itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This