PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN kemuka manifesto 3 tekad, 7 tawaran

Dari Penulis

BARISAN Nasional (BN) menampilkan tiga tekad dan tujuh tawaran menerusi manifesto untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Calonnya Dr Mohamad Yusri Bakir berkata, manifesto bertemakan ‘Ayer Kuning Sejahtera Bersama’ itu menolak sebarang sentimen perkauman dan politik kebencian yang memecahbelahkan rakyat.

Setiausaha UMNO Tapah itu juga mengakui perincian manifesto berkenaan dirangka menerusi cetusan harapan masyarakat setempat selepas pihaknya mendengar sendiri luahan dan aspirasi penduduk setempat.

“Saya akan berusaha menyampaikan perkhidmatan sedaya upaya demi memastikan setiap perkara dinyatakan dapat dilaksanakan penuh tanggungjawab.

“Insya-Allah, jika diberi kepercayaan sebagai wakil rakyat kawasan ini, saya akan pastikan visi Ayer Kuning Sejahtera Bersama diterjemahkan menjadi kenyataan.

“Saya mohon sokongan dan kepercayaan semua pengundi Ayer Kuning untuk bersama menjayakan tekad ini,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Memperincikan manifesto itu, Mohamad Yusri berkata, pihaknya turut menampilkan tujuh tawaran utama, antaranya ekonomi tempatan yang makmur dengan memperluas akses pasaran hasil tani dan produk kampung.

Baca artikel lain: 136 individu terkandas akibat jambatan runtuh di Sungkai

Pesara guru berusia 54 tahun itu juga berhasrat menyediakan geran khas bagi usahawan dan pekebun kecil serta penjaja, selain memperkasa keusahawanan melalui bimbingan dan e-dagang.

Beliau juga menawarkan hasrat untuk meningkatkan keupayaan sara hidup rakyat dengan memperluas program kedai bergerak dan jualan RAHMAH serta memberi peluang peniaga kecil tempatan dalam program kesejahteraan rakyat.

Mengenai agenda anak muda, beliau menawarkan tajaan latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang pertanian moden, automotif dan digital dengan mewujudkan inisiatif pemadanan pekerjaan bersama sektor industri di Tapah, Kampar dan Slim River.

Bekas Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh itu juga mahu menawarkan pendidikan berkualiti untuk anak jati Ayer Kuning.

Beliau juga berhasrat memperjuangkan usaha menaik taraf kemudahan sekolah rendah, menengah dan prasekolah, selain menyediakan sokongan pendidikan dan kelas motivasi untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita maut kemalangan Myvi, Axia di Sungkai

SEORANG wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan antara dua kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi dan sebuah Perodua Axia di...

More Articles Like This