PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal khabar angin akan berlaku rombakan Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan susulan daripada keputusan Pemilihan PKR 2025 bagi peringkat cabang.
Beliau yang juga Presiden PKR menjelaskan, pemilihan berakhir semalam tidak berkait langsung dengan prestasi individu di dalam kerajaan kerana ia hanya membabitkan peringkat parti.
“Pemilihan parti berjalan dengan baik, ada apa-apa masalah musyikil boleh dibangkit dalam mesyuarat khas hari Rabu, tapi ini soal parti.
“Tiada timbul soal kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan, (kerajaan) berjalan seperti biasa dan saya lihat dari segi prestasi masing-masing dan bukan dari segi percaturan politik,” katanya.
Baca artikel lain: 12 projek MCMC disenarai finalis Hadiah WSIS 2025
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), hari ini.
Yang turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Timbalannya, Datuk Mustapha Sakmud dan Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr Anesee Ibrahim.
Pemilihan PKR 2025 bagi peringkat cabang mencatat kejutan apabila beberapa ‘nama besar’ serta berjawatan dalam kerajaan, termasuk penyandang yang bertanding disahkan tewas.
Antaranya ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim serta Timbalan Menteri Perpaduan, K Saraswathy.
Bukan itu saja, keputusan pemilihan kali ini turut menyaksikan ‘angin perubahan’ berikutan terdapat calon muka baharu berjaya melakar kemenangan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

