SEORANG lelaki yang dipercayai memuat naik kandungan palsu berkaitan Kerajaan Negeri Pahang di platform Facebook miliknya pada 19 April lalu telah dirakam percakapannya, semalam.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan, sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut terhadap lelaki tersebut telah dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Susulan siasatan itu, MCMC memberitahu, sebuah telefon bimbit serta satu kad SIM telah disita bagi tujuan analisis forensik.
“Kandungan tersebut dipercayai dijana melalui bantuan kecerdasan buatan (AI).
Baca artikel lain: MCMC, Johor meterai kerjasama strategik, kukuh infrastruktur digital
“Susulan itu, pelbagai spekulasi dan persepsi negatif telah timbul dalam kalangan orang awam berkaitan pekebun haram di daerah Raub, Pahang,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Mengulas lanjut, MCMC memaklumkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta 588.
Jelasnya, sekiranya disabitkan kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
“MCMC tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan laman media sosial bagi tujuan penyebaran hantaran atau komentar palsu,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

