NAIB Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan telah menghantar surat bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) berhubung keputusan pemilihan Ketua Cabang Setiawangsa.
“Saya dah hantar surat (kepada JPP) dan kita akan tunggu jawapan daripada mereka.
“Hari ini pun ada mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat), jadi kita tunggu sahaja apa keputusan yang akan mereka umumkan,” katanya.
Baca artikel lain: Sim Tze Tzin calon terbaharu umum tanding Naib Presiden PKR
Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Tapir Sedunia 2025 di Pusat Konservasi Hidupan Liar di Sungai Dusun, Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor, hari ini.
Pada pemilihan 19 April lepas, Ahli Parlimen Setiawangsa itu gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Setiawangsa selepas tewas kepada pelakon dan pengarah filem terkenal Datuk Afdlin Shauki, dengan meraih 563 undi manakala Afdlin memperoleh 631 undi.
Semalam, Pengerusi JPP Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata status bantahan melibatkan pemilihan beberapa cabang PKR pada Pemilihan PKR 2025 akan diumum minggu depan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

