UMAT Islam diminta bersikap ‘tabayyun’, iaitu menyelidik atau menyiasat sesuatu pakej haji dirasakan tidak munasabah yang ditawarkan bagi mengelak ditipu menjelang musim haji tidak lama lagi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata kes penipuan pakej haji masih berlaku saban tahun dan perlu dipandang serius lebih-lebih lagi yang menggunakan selebriti untuk memperdayakan jemaah.
Sehubungan dengan hal itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan haji diminta berhati-hati dan meneliti terlebih dahulu setiap tawaran pakej haji, serta hanya berurusan dengan 37 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang sah yang diberikan sijil oleh Lembaga Tabung Haji.
“Kumpulan pertama haji berlepas pada 29 hari bulan ini … akan ada pihak tidak bertanggungjawab yang mencari mangsa untuk jadi kaya cara mudah, saya merayu kepada mereka yang berhasrat ingin mengerjakan haji, semaklah dengan Tabung Haji.
Baca artikel lain: 85,000 pendeposit TH rayu tunai haji 2025
“Kita tidak mahu wang yang mungkin dikumpul hilang begitu sahaja disebabkan kita tidak tabayyun, tidak semak betul-betul sehingga tidak tahu sama ada ejen terbabit bertanggungjawab atau tidak.
“Lebih sedih lagi apabila ejen menggunakan selebriti (untuk mempromosikan pakej haji) tanpa pengetahuan selebriti itu sendiri … jadi, semak dengan pihak Tabung Haji,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan kunci rumah kepada pembantu kafe Universiti Utara Malaysia (UUM), Mashitoh Khasim, 41, bersempena dengan Program Sinar Lestari YAPEIM di Kampung Rawa, dekat Jitra hari ini.
Mohd Na’im turut mengingatkan kepada bakal jemaah haji agar mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi terutama berkaitan permit haji agar perjalanan ibadah haji berjalan lancar.
“Janganlah kita menunaikan haji tanpa ada permit yang sah, ini amaran yang diberikan kerajan Arab Saudi, rakyat malaysia memang terkenal dengan disiplin, jangan disebabkan hal itu akhirnya Arab Saudi mengambil tindakan menarik balik keistimewaan yang diberikan kepada jemaah haji Malaysia,” katanya.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

