Jemaah haji diingat jaga tertib, adab ketika ziarah Raudah

Dari Penulis

JEMAAH haji diingatkan agar sentiasa menjaga tertib dan adab sepanjang berada di kota suci Madinah khususnya ketika menziarahi Raudah, selain menghindari sebarang perbuatan yang boleh merugikan terutama melibatkan gangguan terhadap ibadah.

Pengurus Ibadat Ziarah dan Madinah, Mohamad Zahir Hussin @ Yusof menegaskan kecenderungan sesetengah jemaah untuk memuat naik kandungan di media sosial terutama ketika berada di Raudah, dikhuatiri boleh mengganggu tumpuan mereka ketika beribadah.

“Antara cabaran yang timbul pada zaman sekarang, terutama dengan kemajuan teknologi dan penggunaan telefon pintar adalah sikap sebahagian jemaah yang terlalu leka dengan telefon mereka.

“Sebagai contoh, ada jemaah yang ketika diberi peluang untuk memasuki Raudah, lebih sibuk merakam video dan mengambil gambar, seolah-olah mereka lebih fokus menjadi ‘wartawan’ daripada menunaikan ibadah.

“Justeru, saya menasihatkan jemaah apabila berada di Masjid Nabawi, simpanlah telefon dan manfaatkan peluang emas itu terutama ketika diberi kesempatan untuk memasuki Raudah.

“Ambillah waktu sebaik-baiknya dengan sekurang-kurangnya untuk solat dua rakaat seperti solat tahiyatul masjid atau solat hajat serta berdoa dengan penuh keikhlasan,” katanya kepada pemberita.

Baca artikel lain: Petugas Tabung Haji anjur bacaan yasin, doa selamat mohon kelancaran operasi haji

Mohamad Zahir turut menasihati jemaah wanita supaya tidak bersedih atau kecewa sekiranya mereka tidak dapat memasuki Raudah semasa menziarahi Masjid Nabawi disebabkan faktor uzur atau kesihatan.

“Pada masa sama, saya ingin mengingatkan jemaah untuk memberi perhatian kepada maklumat yang disampaikan berhubung jadual ziarah ke Raudah bagi memastikan kelancaran pergerakan dan peluang beribadah dapat dimanfaatkan sebaiknya,” katanya.

Sementara itu, wartawan Salam Baitullah Rozaihan Abdul Rahim tidak dapat menahan sebak apabila melangkah ke taman syurga Allah SWT dan berada bersebelahan dengan makam Rasulullah SAW.

“Apabila media diberikan peluang memasuki Raudah semalam, pengalaman lebih berbeza. Saya boleh rasakan Allah SWT mengizinkan saya berada lebih lama dalam Raudah,” katanya.

Perkara sama turut dirasai Muhammad Rastwin Stia, wartawan Radio Televisyen Malaysia yang tidak dapat melupakan saat berada di bumi Madinah setelah memeluk agama Islam 15 tahun lepas.

“Alhamdulillah ini adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan sebagai umat Islam kerana saya adalah seorang mualaf dan saya mendapati peluang ini memberikan satu jalan untuk saya lebih dekat dengan Allah SWT,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This