Perjalanan kes Najib masih panjang – Pas

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PAS menyifatkan perjalanan kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu Titah Adendum masih lagi panjang susulan daripada keputusan terbaharu yang dibuat oleh pihak mahkamah.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tun Man yang menyatakan rasa kecewa dengan situasi tersebut menegaskan apa yang pasti kini adalah rakyat sedang menilai dan melihat bagaimana sistem kehakiman negara berfungsi.

“Apakah kes ini hanya sekadar menjadi perbincangan bersifat akademik, dan DS Najib perlu melalui proses baru untuk memperoleh pengampunan semula?

“Perjalanan kes ini masih panjang, dan rakyat sedang memerhati bagaimana sistem kehakiman, Lembaga Pengampunan, dan YDP Agong sebagai Pengerusi Lembaga Pengampunan menjalankan fungsi masing-masing mengikut Perlembagaan.

“Saya pasti DS kini semakin jelas melihat lakonan oleh pimpinan UMNO yang dahulunya mencium tangan beliau, tetapi kini semakin menjauhkan diri daripadanya,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Kontraktor kendali projek kerajaan disaran siapkan projek lebih awal – Ahmad

Terdahulu media melaporkan, semua pendengaran membabitkan semakan kehakiman Najib berhubung Titah Adendum di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sehingga rayuan Peguam Negara didengar dan diputuskan Mahkamah Persekutuan.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz memerintahkan semua prosiding, termasuk permohonan kerajaan untuk mendapatkan perintah larangan bersuara (gag order) membabitkan semakan kehakiman itu, ditangguhkan pada prosiding hari ini.

Beliau membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan bersama oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) dan peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bagi penangguhan terbabit.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Julai ini bagi pengurusan kes.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This