Fadhlina arah segera balik pulih asrama SMK Tinggi Setapak yang terbakar

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek telah mengarahkan kerja-kerja membaik pulih asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak yang terbakar malam tadi disegerakan.

Beliau yang meninjau lokasi kejadian turut memberi jaminan setiap mereka yang terjejas termasuk guru-guru akan dibela dan diberikan bantuan sewajarnya.

“Lega hati saya apabila mengetahui tiada murid atau guru yang tercedera akibat insiden kebakaran asrama SMK Tinggi Setapak malam tadi. Semuanya berada dalam keadaan selamat.

“Saya sendiri telah meninjau keadaan blok asrama yang terbakar dan mengarahkan supaya kerja baik pulih dilaksanakan segera.

“Buat sementara, murid terjejas akan ditempatkan di asrama lain yang berdekatan. Buku dan kelengkapan sekolah yang musnah akan segera digantikan.

Baca artikel lain: Perjalanan kes Najib masih panjang – Pas

“Saya tekankan, anak-anak ini tidak akan dibiarkan tercicir pembelajaran mereka. Guru yang terjejas juga akan diberi bantuan segera untuk meringankan beban mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam kejadian semalam, sebuah blok asrama SMK Tinggi Setapak yang menempatkan 91 pelajar lelaki terbakar pada pukul 8.43 malam.

Bagaimanapun, semua pelajar dilaporkan selamat kerana kejadian berlaku ketika mereka berada di surau sekolah untuk menunggu waktu Isyak.

Komander Operasi Bomba TPgB II Japari Tajuddin memaklumkan kebakaran membabitkan tingkat satu bangunan itu mengakibatkan 80 peratus bahagian asrama musnah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Alangkah baiknya UMNO, Pas dan RESET bentuk Kerajaan Negeri Johor – Wan Saiful

"ALANGKAH baiknya jika gabungan UMNO, Pas dan RESET membentuk Kerajaan Negeri Johor seterusnya menjadikan Johor sebagai model untuk Malaysia...

More Articles Like This