Didakwa pembelot Syahredzan, Young Syefura ambil tindakan terhadap ADUN PN

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

DUA Ahli Parlimen dari DAP akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman mendakwa, Jasri antara lain mengatakan bahawa mereka berdua sanggup menjadi ‘sukarelawan untuk jadi pembelot bangsa’.

“Kami memandang serius perkara ini, kerana sebelum ini kami sentiasa difitnah oleh pengikut Perikatan Nasional (PN) di alam maya. Kami tidak sangka perangai ini dicerminkan juga oleh pemimpin mereka seperti ADUN ini.

“Kami juga berasa amat kecewa kerana seorang wakil rakyat beragama Islam seperti ADUN Pahang ini sanggup memfitnah kami sejurus berakhirnya bulan Syawal.

Baca artikel lain: Jangan salahkan BN, MCA perlu tanya diri sendiri kenapa sokongan merosot – Puad

“Kami akan mendapatkan nasihat peguam dan memulakan tindakan undang-undang terhadap beliau,” katanya menerusi kenyataan bersama di Facebook, hari ini.

Susulan daripada itu, dua Ahli Parlimen berkenaan menasihati semua wakil rakyat dan pemimpin PN untuk berhati-hati dalam tutur kata mereka.

“Jangan lupa bahawa sebelum ini, pemimpin-pemimpin PN telah diarahkan membayar pampasan disebabkan mahkamah mendapati mereka telah memfitnah,” kata mereka lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

TVET pengangkutan buka 3,208 peluang kerja untuk veteran ATM

SEBANYAK 3,208 peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan disediakan kepada anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi kerjasama strategik...

More Articles Like This