Elak guna orang tengah, Hari Bertemu Pembekal eP di Sabah bantu syarikat miliki Sijil MoF

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PENGUSAHA dan pemilik syarikat di Sabah disarankan membuat pendaftaran secara terus untuk permohonan Sijil Kementerian Kewangan (MoF) bagi mengelakkan daripada diambil kesempatan oleh orang tengah.

Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah, Norali @ Ag Norali Ag Damit mengakui, Hari Bertemu Pembekal eP: Daftar & Lulus pada 24 April lalu memberi manfaat kepada pemain industri terutama syarikat yang pertama kali berdaftar memohon Sijil MoF.

Jelasnya, program yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu berjaya menarik kehadiran 122 syarikat dengan MoF mengenakan kadar bayaran RM450 untuk tempoh sah laku sijil selama tiga tahun.

“Bagi pihak yang pertama kali menggunakan (sistem eP), mungkin ada yang menghadapi kesukaran tertentu dan program ini memudahkan.

“Impak (kepada program ini) adalah mengelak orang pihak ketiga untuk mengambil kesempatan dengan meminta bayaran tertentu kepada pemilik syarikat yang ingin berdaftar dalam sistem ePerolehan sedangkan proses bagi permohonan ePerolehan ini sangat mudah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Presiden Kosovo lakukan lawatan rasmi pertama ke Malaysia, perkukuh hubungan dua hala

Hari Bertemu Pembekal eP: Daftar & Lulus di Sabah merupakan siri ke-2 bagi tahun ini yang melibatkan sokongan lapan pegawai Perbendaharaan Malaysia Sabah dan 11 pegawai dari commercedotcom (CDC).

Program sehari ini menawarkan bantuan secara terus kepada syarikat untuk melengkapkan pendaftaran Sijil MoF sebelum proses semakan dan kelulusan diberikan.

Di samping itu, Norali berkata, pihaknya turut menggerakkan inisiatif ‘Sanang Saja Bah Daftar eP’ yang mana objektif program adalah sama namun sasaran lokasi tertumpu di daerah seluruh Sabah.

“Sebagai contoh lokasi kita sasarkan di Paitan, Sabah yang mana ia adalah satu daerah baru (berstatus daerah penuh) dan kita dapati syarikat yang berdaftar dengan eP masih rendah.

“Jadi kawasan ini adalah sasaran yang kita akan laksanakan untuk program Sanang Saja Bah Daftar eP,” katanya lagi.

Bagi kedua-dua insiatif ini, syarat kelulusan serta-merta tidak tertakluk untuk permohonan pendaftaran bagi bidang khas dan Bumiputera.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This