USAHA penambahbaikan perkhidmatan pos di Gunung Kinabalu yang dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi manfaat kepada pelancong.
Ketersediaan perkhidmatan tersebut bukan sekadar kemudahan semata-mata, sebaliknya menjadi lambang ikonik komunikasi sehala yang menghubungkan dunia dari puncak tertinggi sebagai tanda kenangan bermakna.
Sesi lawatan kerja selama tiga hari ke Peti Pos Gunung Kinabalu oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching sejak 28 April lalu merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk mempromosikan perkhidmatan pos di Gunung Kinabalu.
Pada lawatan itu, Nie Ching diberikan taklimat oleh pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi mengenai kerjasama mereka dalam menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada pelancong yang mendaki Gunung Kinabalu.
Sebagai langkah berterusan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan di kawasan beraltitud tinggi, sesi pengujian kualiti perkhidmatan menggunakan aplikasi MCMC Nexus telah dilaksanakan.
Aplikasi dibangunkan oleh MCMC itu membolehkan pemantauan, penilaian menyeluruh dan analisis yang cenderung terhadap pengalaman pelanggan termasuk titik sentuh seperti di Gunung Kinabalu.
Baca artikel lain: Polis siasat perselisihan faham datangkan kecederaan babit bekas isteri, isteri pempengaruh media sosial
Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Komunikasi dan MCMC akan terus memperkasa infrastruktur komunikasi di kawasan strategik pelancongan seperti Gunung Kinabalu demi keselesaan para pengunjung.
Inovasi dalam bidang komunikasi dan perkhidmatan pos bukan sahaja meningkatkan kemudahan untuk rakyat dan pelancong, malah turut mengharumkan nama Malaysia sebagai persediaan menjelang penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026.
Hadir sama ke majlis penutupan sesi lawatan kerja Nie Ching ialah Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin; Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC, Bukhari Yahya serta Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi dan Kelestarian Kumpulan Pos Malaysia, Fiona Liao.
Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Taman Sabah, Justinus Guntabid dan wakil Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah serta syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi daripada CelcomDigi, U Mobile, TM dan Maxis.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

