Polis siasat perselisihan faham datangkan kecederaan babit bekas isteri, isteri pempengaruh media sosial

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS menjalankan siasatan berhubung isu tular di media sosial melibatkan isteri seorang pempengaruh dan bekas isterinya sehingga mendatangkan kecederaan di sebuah rumah di Taman Melawati, Kuala Lumpur, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail memaklumkan, pihaknya telah menerima dua laporan iaitu masing-masing daripada isteri pempengaruh berkenaan dan juga bekas isterinya.

Berdasarkan laporan isteri pempengaruh itu, Mohd Azam berkata, suami pengadu telah mengizinkan bekas isterinya untuk mengambil barang-barang miliknya di rumah pengadu kira-kira pukul 3.15 petang, Isnin lalu.

Kata beliau, pempengaruh berkenaan telah pun menetapkan syarat supaya bekas isterinya hanya boleh berada di tingkat bawah sahaja dan tidak boleh naik ke tingkat satu serta dua kediaman tersebut.

“Bagaimanapun, bekas isteri suami pengadu telah naik ke tingkat satu menyebabkan pengadu cuba menghalang.

Baca artikel lain: Polis buru 2 lelaki ragut rantai warga emas depan kuil

“Kejadian itu telah menyebabkan berlaku pergelutan antara pengadu dengan bekas isteri lelaki terbabit yang turut dilihat kakak ipar dan adik ipar pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Azam memberitahu, pengadu dan bekas isteri pempengaruh berkenaan mendakwa mengalami kecederaan ringan susulan kejadian tersebut.

“Tiada sebarang tangkapan dan rampasan dilakukan dan kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang dengan sengaja tanpa senjata,” katanya.

Sebelum ini tular video membabitkan perselisihan faham membabitkan pempengaruh terkenal, Cik Epal serta bekas suaminya, Jofliam serta isteri baharu lelaki terbabit iaitu Dewi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This