MCA berhak menyuarakan pandangan berhubung kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN) tetapi pada akhirnya rakyat yang menentukan kelangsungan mana-mana parti politik.
Perkara itu dinyatakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin seperti dilapor Sinar Harian Online, hari ini.
Menurut Mohamed Khaled, sebarang rasa tidak puas hati berhubung kerjasama antara BN dengan Pakatan Harapan (PH) sepatutnys diselesaikan pada peringkat pucuk pimpinan.
“Mereka ada hak untuk memberi pandangan atau ketidakpuasan hati, tetapi pada akhirnya rakyat yang menentukan satu-satu parti itu wujud, tak wujud, dapat sokongan atau tidak.
“Jadi jawapan (persoalan MCA) itu tidak ada pada UMNO. Namun, saya percaya perkara ini (ketidakpuasan hati MCA) memang akan menjadi perhatian pucuk pimpinan.
“Apa yang penting semua pihak sentiasa berjumpa dan berbincang dan bertukar-tukar fikiran antara satu dengan lain,” katanya.
Baca artikel lain: Jangan salahkan BN, MCA perlu tanya diri sendiri kenapa sokongan merosot – Puad
Rabu lalu, Pemuda MCA Johor dilaporkan menyifatkan kerjasama BN dengan PH hanya melumpuhkan BN dari dalam.
Ketua Pemuda MCA Johor, Heng Zhi Li dilaporkan mendakwa, PH bukan mahu menyelamatkan BN menerusi kerjasama tersebut yang dilihat tindakan membuta tuli dan akan menjadikan parti komponen BN tidak relevan malah membawa gabungan itu ke arah kehancuran politik.
Sebelum ini, Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon dilaporkan meluahkan kekecewaan yang semakin dirasai oleh ramai ahli MCA dan penyokong akar umbi berikutan ketidaktentuan hala tuju politik parti itu dalam BN serta dalam kerajaan Perpaduan hari ini.
Berhubung dakwaan Pemuda MCA Johor itu, Mohamed Khaled menyifatkan kerjasama dengan PH memberi ruang kepada BN menubuhkan kerajaan.
“Kerjasama dalam PH memberi ruang kepada BN untuk bersama dalam kerajaan dan sebagainya.
“Apa yang akan kita lalui akan datang (pengagihan kerusi pilihan raya) itu bila sampai masa kita akan tengok semula,” jelasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

