Kanak-kanak lima tahun maut tertinggal dalam van sekolah

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam van sekolah dinaikinya hampir lima jam, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dalam kenderaan terbabit kira-kira 12 tengah hari.

“Mangsa yang bersekolah di sebuah tadika di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri disyaki tertinggal ketika pemandu van itu menurunkan murid di hadapan sekolah kira-kira 7.30 pagi, pada hari sama.

Baca artikel lain: Isteri imam maut dirempuh lori dipandu lelaki positif methamphetamine

“Mayat mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan pemandu van sekolah terbabit iaitu lelaki berusia 56 tahun, kira-kira 2.40 petang di kawasan Taman Bukit Indah, untuk membantu siasatan kematian mangsa.

Kumarasan berkata lelaki itu yang tidak mempunyai rekod lampau dan negatif terhadap dadah kini direman hingga 7 Mei ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi Mindanao: Amaran tsunami 0.4 meter di empat kawasan pantai Sabah

JABATAN Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran awal tsunami di empat kawasan pantai di Sabah susulan gempa bumi kuat bermagnitud...

More Articles Like This