Cubaan samun wanita gagal, 2 lelaki ditahan polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan penahanan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian cubaan samun di Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kedua-dua suspek masing-masing berumur 25 dan 35 tahun itu ditahan di kawasan Bandar Seri Alam, pukul 6.20 petang semalam.

Katanya, kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam kejadian yang tular di media pada 30 April lalu.

“Semakan mendapati kedua-dua suspek warga tempatan itu tidak memiliki rekod jenayah lampau.

“Bagaimanapun hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua positif methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, polis berjaya merampas, sebuah motosimal jenis Yamaha, satu unit telefon berjenama Oppo dan Infinix serta dua set pakaian.”

Kedua-dua suspek kini direman selama enam hari bermula hari ini,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This