Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali oleh bapa guna pisau pemotong sayur

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak lelaki 11 tahun cedera parah selepas ditikam bapa kandungnya di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung, Pasir Mas, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Kama Azural Mohamed berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 9 pagi dan pihak polis menerima aduan daripada orang awam pada 9.08 pagi.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati, suspek seorang lelaki tempatan yang juga bapa kandung mangsa telah menikam mangsa dua kali di bahagian dada dan sekali di perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada krisis rumah tangga yang dihadapi suspek yang kini dalam proses penceraian kali ketiga dengan isterinya. Prosiding perceraian dijadualkan 13 Mei ini di Mahkamah Syariah Tumpat.

“Polis turut memaklumkan bahawa suspek dipercayai menghidapi masalah mental dan telah menerima rawatan psikiatrik sejak tahun 2008,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kama Azural berkata, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Pasir Mas dan akan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu bagi rawatan lanjut.

Beliau berkata, suspek telah ditahan dan kini berada di Lokap Balai Polis Pasir Mas, manakala permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh.

“Pihak polis menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes berkenaan.

“Sebarang maklumat berkaitan kes ini, boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat ASP Wan Noraida Wan Hamat di talian 09-7932222,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This