RXZ Fighter: 1 maut, 2 parah kemalangan di LPT2

Dari Penulis

SEORANG lelaki maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal di Kilometer 430 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Gemuruh di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata, pada kejadian 8.45 pagi itu, Mohamad Faizal Adam Azhar, 31, yang bekerja sendiri disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua rakannya Muhammad Zarul Asyraf Mukhtar, 26, dan Muhammad Arif Che Mahisan, 29, parah di kepala.

Kesemua mangsa menunggang motosikal Yamaha RXZ dari Kelantan menuju ke Kuantan, Pahang untuk menyertai acara RXZ Fighter.

“Siasatan mendapati motosikal ditunggang Muhammad Arif dilanggar dari arah belakang oleh Mohamac Faizal Adam ketika sedang bergerak di lorong kecemasan, menyebabkan Muhammad Arif melanggar Muhammad Zarul Asyraf di hadapannya.

“Semua motosikal terjatuh dan terseret di jalan sebelum motosikal Mohamad Faizal Adam tercampak ke dalam longkang konkrit,”‘ katanya dalam kenyataan hari ini.

Adam dibawa ke Unit Forensik Hospital sultanah Nur Zahirah di sini, dan dua lag mangsa juga dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This