YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2025.
Dalam titah yang disiarkan menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada anggota bomba atas pengorbanan, keberanian dan dedikasi yang disampaikan kepada masyarakat.
“Anda adalah wira yang sentiasa bersedia menghadapi bahaya demi keselamatan masyarakat.
“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Yang di-Pertuan Agong menerusi hantaran berkenaan.
Baca artikel lain: Dedikasi, komitmen pekerja nadi pertumbuhan ekonomi – Agong & Raja Permaisuri
Hari Anggota Bomba Sedunia disambut pada 4 Mei setiap tahun bagi menghargai sumbangan dan jasa anggota bomba di seluruh dunia.
Di Malaysia, sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia tahun 2025 berlangsung di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1, Jalan Mahkota, Kuantan, hari ini.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual berangkat menyempurnakan sambutan itu dengan diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming turut dijadual hadir ke sambutan bertemakan “Bomba Tonggak Penyelamatan Negara” itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

