Menteri Luar Malaysia, Pakistan bincang ketegangan di Asia Selatan

Dari Penulis

Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan melalui telefon dengan rakan sejawatnya dari Pakistan Mohammad Ishaq Dar untuk membincangkan situasi tegang di Asia Selatan.

Dar, yang juga Timbalan Perdana Menteri Pakistan memaklumkan kepada Mohamad mengenai “perkembangan semasa serantau” dan ketegangan dengan India, menurut Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan pada Ahad.

Hubungan antara India dan Pakistan merosot susulan serangan pengganas di wilayah Kashmir yang ditadbir India pada 22 April lepas.

Antara isu lain yang dibangkitkan, Pakistan memaklumkan Malaysia mengenai keputusan unilateral India untuk menggantung pelaksanaan Perjanjian Air Indus 1960.

Menteri Luar Malaysia menyeru agar semua pihak menahan diri sementara Dar menekankan komitmen Pakistan terhadap keamanan dan keselamatan serantau, menurut Kementerian Luar Pakistan.

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dijadualkan melawat Malaysia minggu depan.

Malaysia dan Pakistan akan membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala merentas pelbagai sektor, termasuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This