SEORANG penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah van yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di Jalan Persiaran Senawang 1, Paroi, tengah malam tadi.
Video penuh kejadian: https://t.me/infoutusantv/10263?single
Insiden yang berlaku pada pukul 12.10 tengah malam itu membuatkan mangsa berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Polis mengesahkan ia adalah lokasi sama kemalangan maut yang pernah meragut tiga sekawan yang dirempuh sebuah Honda Jazz juga dipercayai melanggar lampu isyarat merah Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din memaklumkan, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah van Toyota Hiace dipandu lelaki berusia 44 tahun bersama penumpang wanita berusia 20 tahun dari arah Senawang ke Bahau.
Baca artikel lain: Dua maut, motosikal ditunggang bertembung, terbakar
“Setibanya di tempat kejadian, pemandu van itu dipercayai gagal berhenti di lampu isyarat merah sebelum melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah kiri.
“Rempuhan itu menyebabkan penunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Hatta berkata mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat manakala pemandu van bersama penumpangnya tidak mengalami kecederaan.
Katanya, ujian kandungan alkohol terhadap pemandu van itu adalah negatif.
Mohamad Hatta berkata pemandu van ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau turut meminta individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Tiew Chuan Jie di talian 014-9668399 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

