Bomba selamatkan warga emas terperangkap dalam rumah terbakar

Dari Penulis

KETANGKASAN anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang warga emas yang terperangkap selepas kediamannya di Taman Island Glades, George Town musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata mangsa seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun dibawa keluar melalui pintu belakang.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.59 malam yang memaklumkan mengenai kebakaran melibatkan sebuah rumah teres setingkat dan merebak ke dua rumah lain.

Baca artikel lain: Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jalan Perak telah digerakkan ke lokasi kejadian. Seorang mangsa didapati terperangkap di dalam rumah pertama namun berjaya dikeluarkan anggota melalui pintu belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

John berkata sebuah kereta Toyota Camry turut terbakar dan kebakaran dapat dikawal pada 10.33 malam.

Operasi itu turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Perak Lane, Paya Terubong dan Lebuh Bakau dan ditamatkan pada 12.08 tengah malam manakala punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This