Dua maut, motosikal ditunggang bertembung, terbakar

Dari Penulis

DUA lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dan terbakar di Jalan Sungai Kechil berhampiran Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata kedua-dua mangsa berusia lingkungan 40-an, maut akibat kecederaan parah, termasuk melecur pada anggota badan.

Beliau berkata enam anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 12.06 tengah malam.

Baca artikel lain: RXZ Fighter: 1 maut, 2 parah kemalangan di LPT2

“Kemalangan melibatkan dua motosikal yang terbakar anggaran kemusnahan kedua-dua kenderaan itu dianggarkan 80 peratus.

“Terdapat dua mangsa dalam kejadian ini. Seorang parah di bahagian kaki akibat tersepit dan melecur, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi terbakar dan melecur 50 peratus meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

John berkata kerja-kerja pemadaman kebakaran dapat dapat dikawal pada 12.32 tengah malam dan operasi tamat pada 1.25 pagi.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This