10 cedera dalam kemalangan 14 kenderaan dekat BKE

Dari Penulis

POLIS mengesahkan lapan pemandu kereta dan dua penunggang motosikal cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan 14 kenderaan di Kilometer 11, Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) menghala Seberang Jaya, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kemalangan berlaku selepas sebuah Honda City memberhentikan kenderaan secara mengejut kerana kesesakan sehingga mengakibatkan pelanggaran di belakang.

Katanya, dua buah motosikal yang leka melihat kemalangan itu turut berlanggar sesama sendiri.

“Kaunter aduan trafik telah menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan tersebut pada pukul 7.10 pagi.

“Semua yang cedera telah menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Kesalahan Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule10 LN/166/59).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This