MALAYSIA menantikan untuk bekerjasama rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri (PM) Singapura, Lawrence Wong dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin berteraskan sejarah bersama-sama.
Ia susulan kejayaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) dipimpin PM Lawrence yang mencatatkan kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum 2025 (PRU 2025), Sabtu lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook menyifatkan mandat kukuh yang diterima PAP iaitu memenangi 87 daripada 97 kerusi mencerminkan keyakinan dan kepercayaan tinggi rakyat Singapura terhadap kepimpinan PM Lawrence.
Menurut Anwar, Malaysia turut berharap dapat terus menjalinkan kerjasama ekonomi yang erat dan utuh selain hubungan sesama rakyat yang berjiran ini.
“Saya yakin di bawah kepimpinan beliau, hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura akan terus berkembang dengan lebih kukuh, terutama ketika Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN tahun ini,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.
Baca artikel lain: ‘Kemakmuran, keselamatan Malaysia-Singapura tak dapat dipisahkan’, PM ucap tahniah kepada Lawrence Wong
Perdana Menteri turut menyampaikan ucapan tahniah kepada rakan sejawatannya itu dalam satu panggilan telefon hari ini.
PAP Singapura berjaya mengekalkan majoriti melebihi dua pertiga dalam PRU2025 dengan memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen.
Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Han Kok Juan bagi setiap bahagian pilihan raya dan disiarkan secara langsung di televisyen.
Keputusan turut boleh diakses menerusi laman sesawang Jabatan Pilihan Raya (ELD).
PAP memperoleh kemenangan besar dengan 65.57 peratus undi popular, mencatat peningkatan lebih empat mata peratusan berbanding keputusan pada 2020.
Lima kerusi dimenangi tanpa bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Marine Parade–Braddell Heights pada hari penamaan calon.
PAP bertanding di kesemua 33 bahagian pilihan raya, merangkumi 15 Kawasan Undi Perseorangan (SMC) dan 18 GRC.
Pada PRU2020, PAP memenangi 83 daripada 93 kerusi dengan 61.2 peratus undi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

