Bas terbalik di Sumatera Barat, 12 maut, 23 cedera

Dari Penulis

SEKURANG-KURANGNYA 12 orang maut manakala 23 lagi cedera apabila sebuah bas terbabas dan terbalik di Padang Panjang, Sumatera Barat pada pagi selasa, menurut pihak berkuasa tempatan.

Polis Sumatera Barat memaklumkan mangsa yang cedera terdiri daripada 17 lelaki dan enam wanita, dan proses pengecaman identiti mangsa masih dijalankan.

Pasukan penyelamat dihantar ke lokasi kejadian dan membawa mangsa yang cedera ke hospital berdekatan, menurut Pusat Kawalan Operasi Pengurusan Bencana (Pusdalops PB) Bandar Padang Panjang.

“Mangsa yang berjaya diselamatkan telah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan,” menurut kenyataan pusat itu, sambil memaklumkan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Media tempatan melaporkan bas itu dalam perjalanan dari Bukittinggi menuju ke Padang apabila didakwa mengalami kegagalan brek ketika cuba mengelak kenderaan dari arah bertentangan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This