PKR Pahang turut sokong pencalonan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PKR Pahang mengikuti jejak langkah negeri-negeri lain dengan menyatakan sokongan terbuka untuk diangkat sebagai calon Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada 24 Mei depan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang, Rizal Jamin berkata, Nurul Izzah telah membuktikan keteguhan prinsip dan iltizamnya sejak hari pertama gerakan reformasi digerakkan.

Menurut Rizal, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh yang terkenal dengan gelaran Puteri Reformasi bukan asing dalam pentas perjuangan PKR.

Beliau berkata, Nurul Izzah membawa bersama kekuatan nilai dan wawasan yang amat diperlukan untuk memimpin parti menghadapi cabaran mendatang berbekalkan pengalaman yang luas.

“Parti ini harus diwarisi oleh pimpinan baru yang segar dan bertenaga. Pencalonan beliau adalah soal masa depan PKR sebagai parti yang terus relevan dan diyakini rakyat.

“Dalam dunia politik hari ini yang semakin mencabar, kita memerlukan pemimpin yang mampu menjadi jambatan antara generasi pengasas reformasi dan generasi baharu yang bakal mewarisi perjuangan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: PKR Melaka sokong Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden

Mengulas lanjut, Rizal turut percaya bahawa Nurul Izzah mampu membawa nilai kesederhanaan, ketegasan prinsip dan daya fikir progresif yang amat penting dalam menyuntik semangat baharu dalam parti.

“Beliau juga diyakini mampu memperkukuhkan lagi sinergi antara PKR dan rakan-rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Semoga pencalonan ini mendapat sokongan seluruh anggota dan membuka lembaran baharu dalam usaha memacu PKR sebagai parti masa depan untuk Malaysia yang lebih adil, progresif dan inklusif,” katanya.

Sebelum ini, Nurul Izzah mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan PKR yang akan berlangsung 24 Mei ini.

Persaingan bagi jawatan timbalan presiden kini menjadi tumpuan, terutama selepas timbul spekulasi mengenai kedudukan penyandangnya, Datuk Seri Rafizi Ramli untuk mempertahankan jawatan itu, berikutan beberapa nama besar yang dikatakan berada dalam kem beliau tewas pada pemilihan Cabang, baru-baru ini

Hari ini, Ketua Cabang Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman mencadangkan Rafizi memberi laluan mudah kepada bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk mengambil alih jawatan itu.

Saifuddin Nasution masih belum mengumumkan sama ada beliau akan bertanding, selepas tewas kepada Rafizi pada pemilihan PKR 2022.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Alwiyah Talib umum keluar Bersatu, kembali bersama UMNO

PENYANDANG kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib mengumumkan peletakan jawatan di dalam Bersatu dan keluar daripada parti...

More Articles Like This