Rafizi telah kembali bertugas hari ini – Chang Lih Kang

Dari Penulis

MENTERI Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli kembali bertugas hari ini selepas dilaporkan mengambil cuti panjang.

Perkara itu disahkan Naib Presiden PKR yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

“Pagi tadi saya ada bersama dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Rafizi dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dalam satu perjumpaan dengan bekas Perdana Menteri Jepun Kishida Fumio, di Pejabat Perdana Menteri.

“Jadi ya lah, memang sah beliau (Rafizi) sudah mula bekerja,” katanya kepada media selepas pelancaran Program Innovathon Musim Ketiga, hari ini.

Baca artikel lain: Rafizi bertugas semula mulai hari ini?

Terdahulu, media melaporkan desas-desus mengenai Rafizi yang didakwa mengambil cuti panjang telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan akar umbi parti, terutamanya ketika proses Pemilihan PKR 2025 sedang berlangsung di seluruh negara.

Anwar pada Jumaat lepas dilaporkan berkata tindakan Rafizi yang didakwa mengambil cuti panjang tidak perlu dijadikan isu, sebaliknya cuti yang dimohon Ahli Parlimen Pandan itu hanyalah beberapa hari, bukan sehingga hujung bulan seperti dilaporkan media massa.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This