MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberi jaminan akan meneliti setiap tuntutan dalam memorandum yang dikemukakan oleh mereka yang menyertai himpunan membantah peraturan mewajibkan mempamer harga ubat hari ini.
Dzulkefly berkata beliau maklum mengenai himpunan itu yang berlangsung hari ini di Putrajaya itu dan adalah mustahak baginya untuk memberi pertimbangan sewajarnya setelah meneliti memorandum berkenaan.
“Saya pastinya akan dapat menerima memorandum mereka. Saya akan teliti satu persatu permintaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemeteraian Nota Kerjasama antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) Dalam Pelaksanaan Program SDH (Sekolah Dalam Hospital) dan Majlis Perasmian Program SDH di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), Kuala Lumpur hari ini.
Baca artikel lain: KKM keluar lebih 43,000 notis kesalahan berkaitan produk merokok sejak Oktober 2024
Terdahulu, media melaporkan mengenai kumpulan doktor dan pengamal perubatan yang menyertai himpunan membantah penggunaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).
Ia berkaitan peraturan mewajibkan klinik swasta dan farmasi mempamerkan harga ubat-ubatan mulai 1 Mei lepas.
Bagaimanapun, dilaporkan kumpulan berkenaan bersurai secara berperingkat bermula 11.30 pagi sebaik sahaja wakil kumpulan itu selesai bertemu dan menyerahkan memorandum berkaitan perkara itu kepada wakil Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

