SURUHANJAYA Tinggi Malaysia di Islamabad pada Rabu menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak melakukan perjalanan tidak penting ke Pakistan susulan ketegangan ketenteraan di Asia Selatan.
Suruhanjaya itu memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi keadaan semasa di Pakistan susulan serangan peluru berpandu oleh India ke atas Wilayah Pakistan dan Kashmir yang ditadbir Pakistan pada awal Rabu.
“Suruhanjaya Tinggi sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat lanjut serta memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara ini.
“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas juga dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta arahan terkini daripada pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan itu.
Untuk rekod, ketegangan antara India dan Pakistan yang meningkat sejak bulan lepas memuncak pada awal Rabu susulan laporan mengenai serangan udara rentas sempadan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

