Nurul Izzah layak jadi Timbalan Presiden PKR, punyai aura tarik generasi muda

Dari Penulis

PENGARUH Nurul Izzah Anwar sekiranya menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden PKR mampu memberikan kekuatan dari aspek menarik generasi muda.

Hal itu kerana Nurul Izzah berjaya melakar kejayaan dalam karier politiknya atas nama sendiri melalui segala proses perjuangan yang cukup mencabar dan merumitkan.

Ketua PKR Cabang Tebrau, Prakash Maniam berkata, PKR seharusnya berasa bangga kerana dapat melahirkan pemimpin muda yang memiliki kredibiliti yang cukup mantap seperti Nurul Izzah yang sudah tentunya akan banyak kelebihan mengharungi cabaran politik.

“Sudah tentunya Nurul Izzah juga memiliki aura yang cukup positif untuk menawan hati generasi muda. Akar umbi sudah bersuara , inilah masanya kita semua bersama dan bersatu untuk mengangkat beliau sebagai Timbalan Presiden PKR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, seramai 22 Ketua Cabang PKR Johor menyatakan sokongan terbuka terhadap pencalonan Nurul Izzah sebagai calon Timbalan Presiden.

Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan Ketua Cabang PKR Mersing, Khairil Adanan, kenyataan itu menyebut Nurul Izzah adalah simbol semangat reformasi baharu yang diyakini mampu menyatukan parti dan mengangkat suara rakyat ke peringkat tertinggi kepimpinan.

“Nurul Izzah bukan sekadar ‘anak kepada’ tokoh reformasi, tetapi beliau telah membina kredibiliti sendiri sebagai pemimpin progresif yang berani dan berprinsip.

“Kepimpinan Nurul Izzah selama tiga penggal sebagai ahli Parlimen membuktikan komitmen terhadap perjuangan rakyat,” katanya dalam kenyataan yang ditandatangani 21 Ketua Cabang PKR Johor yang lain.

Prakash juga berkata, PKR Johor berdiri teguh di belakang Nurul Izah sepertimana ketetapan telah diambil secara kolektif .

Sementara itu, Ketua Cabang Iskandar Puteri, Shamala Devi pula berkata, sebagai seorang pemimpin wanita di peringkat Cabang, Nurul Izzah dilihat mampu memberi inspirasi kepada kumpulan wanita dalam memperkasakan penglibatan wanita dalam politik.

“Saya cukup terharu dapat memberikan sokongan penuh kepada Nurul Izzah untuk bertanding Timbalan Presiden. Pemimpin tersohor seperti beliau sudah tentunya akan memberikan lebih banyak kelebihan kepada kepimpinan parti.

“Pengalaman Nurul Izzah merupakan aset penting untuk PKR dan generasi akan datang. Beliau bukan sahaja menyerlah dalam negara tetapi menjadi tumpuan di peringkat antarabangsa”, katanya dalam kenyataan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This