PASUKAN di tangga ke-72 dunia, Cape Verde bakal menjadi ujian buat skuad Harimau Malaya sebelum skuad kebangsaan membuat perhitungan menentang Vietnam pada aksi perlawanan kelayakan Piala Asia 2027, bulan depan.
Skuad kebangsaan kendalian Peter Cklamovski itu akan melayani kunjungan Cape Verde dalam dua perlawanan dengan perlawanan pertama berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Perlawanan yang dikategorikan sebagai perlawanan antarabangsa Tier 1 itu akan diadakan pada 29 Mei ini.
Seterusnya, kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada 3 Jun di Stadium Nasional Bukit Jalil tetapi sebagai perlawanan latihan secara tertutup tanpa penonton.
“Ini sebahagian persiapan yang diatur skuad Harimau Malaya menjelang perlawanan kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 Arab Saudi menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Selasa, 10 Jun depan,” katanya dalam kenaytaan hari ini.
Malaysia memulakan kempen Kumpulan F dengan kemenangan 2-0 ke atas Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor Mac lepas manakala Vietnam menewaskan Laos 5-0 di laman sendiri.
Baca artikel lain: Harimau Malaya kembali ke SNBJ layan kunjungan Vietnam Jun ini
Pasukan kebangsaan kini berada di ranking ke-131 dunia manakala Vietnam menduduki tangga ke-109 dunia.
Sementara itu, FAM memaklumkan tiket bagi perlawanan membabitkan Harimau Malaya menentang Cape Verde dan Vietnam masing-masing boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman sesawang www.tickethotline.com.my pada Isnin depan bermula 10 pagi.
“Kesemua tiket dijual secara dalam talian sepenuhnya hingga hari perlawanan dan tiada sebarang penjualan tiket secara fizikal di stadium bagi kedua-dua perlawanan ini,” menurut kenyataan itu.
Bagi perlawanan menentang Cape Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, tiket terbuka berharga RM40 dan kanak-kanak (6 hingga 12 tahun) berharga RM5.
Tiket bagi perlawanan Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional, dijual pada harga RM40 bagi tiket terbuka, grandstand (RM60), premium (RM70) dan RM5 bagi kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

