NAIB Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menawarkan tiga agenda utama kepada anggota parti itu dalam usahanya mempertahankan jawatan berkenaan dalam Pemilihan PKR bagi sesi 2025-2028.
Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata tawaran itu adalah meneruskan program Felo Keadilan untuk melahirkan pemimpin muda berwibawa, memantapkan sistem perkaderan dan pendidikan politik serta menyusun dan menyiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
“Saya ingin mengesahkan bahawa saya akan kekal bertanding bagi jawatan Naib Presiden PKR,” katanya yang sebelum ini tewas dalam pemilihan Ketua Cabang PKR Setiawangsa dalam kenyataan.
Baca artikel lain: Kerajaan benarkan pertukaran majikan merentasi sektor – Saifuddin Nasution
Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata beliau memohon sokongan semua ahli PKR untuk memberi kepercayaan kepadanya kerana parti itu mesti mengutamakan rakyat dan menampilkan kepimpinan yang berwibawa.
“Saya adalah orang parti dan saya sentiasa meletakkan kepentingan parti serta negara mengatasi segala-galanya.
“Pemilihan kali ini bukan sekadar soal pertandingan, tetapi merupakan amanah besar untuk memastikan idealisme Reformasi terus subur ketika kita sedang diuji dengan kuasa,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

