Samun Semenyih: 5 lelaki menyamar polis diburu

Dari Penulis

POLIS melancarkan operasi khas memburu lima lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah kediaman di Semenyih, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku pada 5.02 pagi ketika mangsa seorang pesara berusia 55 tahun berada di rumah bersama tiga ahli keluarga yang lain.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek memakai pelitup muka dan dua daripada mereka memakai vest polis.

“Suspek memecah pintu hadapan sebelum masuk dan melarikan dua telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Nazron berkata, kerugian keseluruhan dianggarkan berjumlah RM9,000.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (merompak berkumpulan) dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai polis.

Terdahulu tular rakaman CCTV memaparkan sekumpulan lelaki memakai vest polis cuba memecah masuk kediaman dan salah seorang daripada mereka dilihat menendang pintu rumah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KPT pertimbang tindakan perundangan terhadap ADUN Jitra

KEMENTERIANPendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti dan mempertimbang tindakan serta prosedur perundangan yang sewajarnya terhadap tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri...

More Articles Like This