KDN lakukan siasatan terperinci nahas babit kenderaan FRU

Dari Penulis

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci nahas yang mengorbankan anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) melibatkan sebuah trak FRU dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampan, di Teluk Intan, pagi ini.

Merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa, Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata langkah sewajarnya akan diambil termasuk dalam soal kebajikan waris dan sebagainya.

“Saya mengharapkan ahli keluarga mangsa yang terkorban tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan yang berlaku ini.

“Saya juga yakin bukan hanya siasatan malah pihak polis juga akan membantu mengambil langkah sewajarnya dalam soal kebajikan mereka,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pengoperasian Pondok Polis Sementara Kampung Beng.

Terdahulu, Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin ketika dihubungi berkata, setakat ini sembilan anggota FRU terkorban dalam nahas yang berlaku pada 8.54 pagi membabitkan lori FRU dengan 15 penumpang serta pemandu di dalamnya.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This