Bot TLDM hilang kawalan langgar bot pelancong ketika raptai LIMA ’25, tiada kemalangan jiwa

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBUAH bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hilang kawalan lalu melanggar sebuah bot pelancong milik orang awam ketika menjalani raptai sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25), di perairan Resort World Langkawi, petang tadi.

TLDM dalam kenyataan memaklumkan, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan parah dialami kru bot TLDM itu akibat insiden berkenaan.

Namun begitu, TLDM memberitahu, kru berkenaan telah dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

“Ketika melaksanakan raptai demonstrasi keupayaan sempena perasmian segmen maritim LIMA ’25, sebuah bot milik TLDM telah hilang kawalan.

Baca artikel lain: Pesawat tempur TUDM Su-30MKM berwajah baharu sempena LIMA ’25

“TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Polis Daerah Langkawi mengesahkan kejadian berkenaan yang berlaku sekitar jam 4.34 petang tadi selepas tular beberapa video dan gambar berkaitan pelanggaran bot pasukan TLDM dengan sebuah bot awam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata kemalangan itu membabitkan sebuah bot pasukan keselamatan yang sedang melakukan latihan rasmi dan sebuah bot pelancong milik orang awam yang ketika itu sedang berlabuh berhampiran pantai.

“Bot pasukan keselamatan itu dinaiki lima pegawai dan anggota. Akibat pelanggaran itu, dua anggota pasukan keselamatan mengalami kecederaan dan dirujuk ke Hospital Sultanah Maliha untuk rawatan lanjut,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki didakwa pasang skimmer ATM, cuba curi data pelanggan bank

TAKTIK licik dua lelaki tempatan memasang peranti skimmer pada mesin juruwang automatik (ATM) bagi mencuri maklumat perbankan pelanggan berjaya...

More Articles Like This