Sultan Pahang berkenan ziarah pusara Tun Abdullah di Makam Pahlawan

Dari Penulis

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan menziarahi pusara Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah meluangkan masa kira-kira 45 minit bermula 10.30 pagi dengan menyertai bacaan tahlil diketuai Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni sebelum menabur bunga serta menyiram air mawar di atas pusara Allahyarham.

Baginda berdua diiringi anak Allahyarham iaitu Tan Sri Kamaluddin dan Nori.

Baca artikel lain: Jangan terpedaya akaun TikTok palsu guna nama Tengku Ampuan Pahang

Selesai menziarahi pusara Abdullah, baginda berdua menziarahi serta menabur bunga pada pusara bekas pemimpin negara lain yang turut disemadikan di Makam Pahlawan.

Pemimpin berkenaan termasuk Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Abdul Ghafar Baba dan Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Abdullah yang mesra disapa “Pak Lah,” meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 7.10 malam, 14 April lepas pada usia 85 tahun.

Beliau memegang jawatan Perdana Menteri dari 31 Okt 2003 hingga 3 April 2009, meninggalkan legasi yang besar dalam pembangunan negara termasuk inisiatif seperti Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), program J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arab, Fardu Ain) serta industri halal.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

13 Ahli Parlimen Bersatu desak parti keluar PN, dakwa Muhyiddin punca keretakan

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu menggesa parti itu segera keluar atau dikeluarkan daripada Perikatan Nasional (PN), susulan keputusan Pas...

More Articles Like This