ORANG ramai diminta tidak terpedaya dengan kewujudan akaun TikTok palsu yang menggunakan nama Tengku Ampuan Pahang.
Dalam hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, Istana Pahang memaklumkan telah mengesan kewujudan akaun dengan nama ‘tunkujrpxfx4’ yang menyamar sebagai Tengku Ampuan Pahang.
Pada masa sama, menurut hantaran itu, akaun TikTok berkenaan telah membuat beberapa hantaran bersifat jelek.
“Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hanya memiliki akaun sosial yang aktif di Instagram, namun ia bersifat peribadi.
“Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula hanya mempunyai akaun di Instagram dengan nama this.7,” menurut hantaran tersebut hari ini.
Baca artikel lain: Sultan Pahang, Tengku Ampuan santuni keluarga kanak-kanak lemas
Mengulas lanjut, Istana Pahang memaklumkan, sebarang aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang.
Katanya, hanya satu akaun sah Kesultanan Pahang di Facebook dengan memiliki kira-kira 722,000 orang pengikut.
“Di platform media sosial lain seperti Instagram, TikTok, Youtube dan aplikasi X hanya menggunakan nama Kesultanan Pahang manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

